Pada minggu ke-14 merupakan minggu terakhir kami dalam mengikuti kursus SFP 6024 sepanjang satu semester ia dijalankan. Pada minggu ini pensyarah kami Prof.Madya Dr NurulHuda Binti Abd Rahman telah menjemput pakar daripada universiti kami dalam bidang teknologi perkakasan makmal. Pakar tersebut banyak memberi input baru tentang perkakasan dan radas moden yang dibangunkan oleh mereka. Kebanyakannya merupakan inovasi daripada kemajuan ICT. Radas atau perkakasan yang lama kebanyakannya bersifat "mekanikal" contohnya "Pita Detik" merupakan alatan atau perkakasan makmal sekolah digunakan untuk menyukat sesaran, halaju atau pecutan troli dalam eksperimen Daya dan Gerakan. Pita Detik berfungsi secara mekanikal "direct contact" dengan jangka masa detik yang akan menghasilkan 50 titik dalam masa satu saat. Kadang kala terdapat ralat pada pita detik kerana jangka masa detik tidak menanda pada kawasan yang sepatutnya ditanda semasa pita detik bergerak akibat tarikan daripada troli. Untuk mengatasi masalah ini sensor boleh digunakan bagi menyukat sesaran, halaju dan pecutan sesuatu benda. Sensor untuk menyukat sesaran, halaju dan pecutan ini sebenarnya ia berfungsi dengan cara menukarkan gelombang bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu objek kepada isyarat elektrik untuk diterjemahkan oleh perisian dalam komputer sebagai data yang berguna kepada manusia. Walaubagaimanapun, radas atau perkakasan moden ini perlu diselenggara dengan baik. Ia perlu di "calibrate" bagi memastikan ia mampu mengukur apa yang sepatutnya diukur. Dengan kemajuan ICT data daripada radas atau perkakasan makmal seperti sensor untuk menyukat sesaran, halaju dan pecutan tadi boleh terus ditukar dalam bentuk graf yang sangat berguna bagi menyukat sesuatu kuantiti fizik. Pelajar boleh terus menyediakan laporan makmal yang lengkap sebaik sahaja kerja amali makmal selesai tanpa perlu ragu-ragu dengan kesahihan bacaan yang dikeluarkan oleh komputer. Alhamdulillah...sepanjang saya mengikuti kursus ini banyak input-input baru khususnya dalam inovasi PDP dan juga dalam penerokaan baru saya dalam sistem software open sources yang sangat berguna dalam pendidikan.
Sensor (alatan berwarna biru) untuk menyukat sesaran, halaju dan pecutan troli semasa eksperimen dijalankan.
Sensor yang sama boleh juga digunakan untuk eksperimen Hukum Hooke (Spring Oscillation) atau eksperimen SHM (Simple Harmonic Motion)
Graf Halaju lawan Masa dijanakan terus oleh perisian komputer bagi eksperimen gerakan troli pada satah condong


No comments:
Post a Comment