Thursday, 21 May 2015

Week 12: Presentation Web 2.0 tools...

Pada minggu ke-12 saya dan rakan-rakan sekelas perlu membentangkan secara terperinci aplikasi web 2.0 tools yang dipilih. Seperti yang saya maklumkan pada minggu lepas, saya telah memilih aplikasi CoSketch (Virtual Whiteboard) daripada pelbagai jenis aplikasi Web 2.0 tools yang berada di internet. Saya menggunakan CoSketch untuk mengajar fizik tajuk Daya dan Gerakan, subtopik Statik. What is CoSketch?

  • It is one types of application Web 2.0 tools
  • CoSketch is a multi-user online whiteboard designed to give the ability to quickly visualize and share your ideas as images.
  • It allows users to share and collaborate. This application online requires no login.
  • Generates a unique URL that can be shared with collaborators.
  • The whiteboard is deleted 10 minutes after the last collaborator exits.
The features of CoSketch:
  • Simple Sharing:
  1. Anything your paint will show up for all other users in the room at real time.
  2.  When click save a sketch as an image, it sketch can sharing in blogs, forum and other sosial media.
  • Friendly Users;
  1. It application run in all common broswer (Internet Explorer and Mozilla Firefox, etc). without plugins or installation (example: adobe flash).
  2. Free and no needed to registration.
  3. No needed for installation software.
Step by step using CoSketch:
  1. Click internet browser first (IE, Mozilla,Crome).
  2. Type at URL adress http://cosketch.com/
  3. At page Cosketch, have green box "Start Here!" click "create new sketch" in this button green box.
  4. The new black page of CoSketch appeared.
  5. When first time enter the blank page of CoSketch, it automatically generated the unique URL. This URL can changing when the user open it for next session.
  6. Anyone can share the lecture if the users have current URL.
  7. Start the lecture with your sketch (drawing,picture,map) with already tools like symbols, shapes and others in CoSketch.
  8. CoSketch was allowed save your work as embeddable image to share it in blogs, facebook, twitter and other social media using permanent URL. Permanent URL was given automatically when you save it.
  9. Keep this URL if want to reopen or share to other users.

                                                             Main Page CoSketch

 Several tools on CoSketch
   
 Built-in symbols in CoSketch

 Example Physics lecture, topic: Statics


Chatting column

 When save the work

URL automatically given when your work saved

For looking example of physics statics lesson on CoSketch go to this URL address http://cosketch.com/Saved/p1om0FTi

Week 8-11: Blended Learning and Web 2.0 tools...

Pada minggu 8 hingga minggu 12 saya dan rakan-rakan sekelas saya diberi tugasan untuk mendalami dan meneroka aplikasi Web 2.0 tools yang boleh digunakan oleh guru-guru sebagai alat bantu mengajar yang lebih berkesan. Pada minggu 8 hingga minggu 12 kami tiada kelas secara face to face tetapi hanya secara online. Terdapat banyak aplikasi Web 2.0 tools diluar sana. Tetapi tidak semua adalah percuma, kalau ada pun ia hanyalah aplikasi online untuk percubaan atau "trial version", penggunaan aplikasi ini agak terbatas kerana tidak semua ciri-ciri aplikasi dapat digunakan secara percuma melainkan anda melanggannya. Antara senarai aplikasi Web 2.0 tools ialah:
  1. Common craft (Instructional Video)
  2. Croak It (Audio Tool)
  3. Fake Movie Poster (Photo Editor)
  4. Animoto (Maker movie)
  5. EdHead ( Science Activities and Simulations)
  6. CoSketch (Virtual Whiteboard)
Disini saya kongsi akan URL yang mungkin berguna kepada mereka yang ingin mendalami dan meneroka pelbagai jenis aplikasi online Web 2.0 tools http://hrsbstaff.ednet.ns.ca/tilt/?page_id=829 atau http://web2012.discoveryeducation.com/web20tools-related.cfm 
Pelbagai jenis Web 2.0 tools tetapi saya memilih CoSketch atau virtual whiteboard. CoSketch adalah papan putih maya, guru-guru tidak semestinya menjalankan P&P dibilik darjah akan tetapi secara maya juga ia boleh berinteraksi secara "multiuser". Maknanya para pelajar hanya perlu URL CoSketch guru semasa berada atas talian pada waktu yang sama. Guru boleh melakar apa-apa bahan pengajaran diatas papan putih maya itu dan dibantu oleh tools yang disediakan dalam aplikasi ini. Misalnya guru boleh muat naik gambar,graf,peta dan lain-lain. Pelajar boleh berkomunikasi dengan guru sekiranya terdapat kemuskilan dan pertanyaan mengenai P&P tersebut melalui ruang chatting yang disediakan. Ini URL yang saya boleh kongsikan untuk aplikasi CoSketch http://cosketch.com/
Apa yang menariknya ianya adalah percuma hampir semua ciri-ciri aplikasi online ini diberikan secara percuma. Akan tetapi kelemahan aplikasi online ini ialah ia tidak boleh berkongsi fail suara atau audio. Maknanya guru hanya mengajar tanpa suara tetapi berinteraksi secara penulisan mesej (chatting) sahaja.

Muka Depan CoSketch

Antara Muka CoSketch


 

Week 7: Keputusan MOOC...



Pada minggu pertama saya dan rakan-rakan sudah pun mengikuti kursus secara online "Emerging Trend and Technologies in the Virtual K-12 Classroom daripada University of California. Seperti yang saya maklumkan pada minggu pertama tempoh hari, Kursus secara online ini dijalankan selama lima minggu, pelbagai assessment yang diberikan kepada para peserta. Alhamdulillah... saya dan rakan-rakan sekelas saya mendapat keputusan yang baik. Inilah pengalaman pertama saya berkolaberasi dengan pelajar-pelajar dan pendidik-pendidik daripada luar negara. Mereka sangat maju dalam bidang pendidikan. Teknologi ICT adalah tulang belakang kemajuan pendidikan di negara maju. Banyak perkara-perkara baru yang saya dan rakan-rakan dapat belajar daripada kursus ini. Keputusan MOOC ini ditulis dalam bentuk peratus pada penjuru kanan bawah tetingkap aplikasi online "Emerging Trend and Technologies in the Virtual K-12 Classroom". Grade Archived: 83.4% adalah skor keseluruhan saya bagi kursus ini.

    Keputusan MOOC

Week 6: Presentation Lesson Plan...

Pada minggu keenam saya dan rakan-rakan sekelas perlu membuat pembentangan rancangan mengajar atau "Lesson Plan" yang telah kami rancang untuk digunakan dalam P&P di sekolah. Pelbagai jenis alat bantu mengajar pada masa kini yang boleh digunakan didalam bilik darjah, tetapi saya memilih menggunakan kaedah "drawing"atau kaedah lukisan untuk mencungkil miskonsepsi pelajar tentang fizik khususnya tentang tajuk yang saya pilih iaitu bab "Daya dan Gerakan", subtopik "Jatuh Bebas". Menurut Sacit Köse (2008), pelajar boleh dikategorikan kepada lima tahap kefahaman melalui kaedah lukisan iaitu:


  1. Level 1, Pelajar tidak faham apa-apa tentang sesuatu topik perbincangan, tiada lukisan pada kertas kosong yang diberikan.
  2. Level 2, Lukisan pelajar tidak menggambarkan keadaan sebenar sesuatu perkara contohnya keadaan sebenar sesuatu objek dalam jatuh bebas. Lukisan pelajar menggambarkan seolah-olah jatuh bebas ini sama seperti objek jatuh dalam keadaan biasa.
  3. Level 3, Pelajar melukis gambaran tentang jatuh bebas tetapi mempunyai beberapa miskonsepsi antaranya arah pecutan objek yang salah
  4. Level4, Pelajar melukis tetapi ia hanya menggambarkan sebahagian sahaja ciri-ciri sesuatu mekanisma, proses dan sebagainya. Contohnya menyatakan jatuh bebas hanya berlaku dalam vakum sahaja. Sebenarnya jatuh bebas boleh berlaku dalam keadaan vakum atau dalam keadaan rintangan udara tetapi dalam kes-kes tertentu. Sesuatu objek dikatakan sedang mengalami jatuh bebas sekiranya objek itu jatuh berhampiran dengan permukaan bumi dengan pecutan objek sama dengan nilai pecutan graviti (a = g = 9.81m/s2).
  5. Level 5, Lukisan yang menggambarkan keseluruhan makenisma, proses. Contohnya pelajar berjaya melukis gambaran yang betul tentang jatuh bebas lengkap dengan arah pecutan, ketinggian, keadaan sesama jatuhan (vakum dan rintangan udara) dan lain-lain.

Dengan kaedah lukisan ini guru-guru mampu mencungkil tahap mana kefahaman pelajar mereka khususnya dalam bab jatuh bebas. Miskonsepsi yang dikesan didalam lukisan pelajar membolehkan guru-guru membetulkan salah anggapan pelajar terhadap jatuh bebas. Kaedah seterusnya saya menggunakan video daripada youtube sebagai demostrasi bagaimana sebenarnya jatuh bebas ini berlaku.

 Free Fall Video from NASA

Video penyelidikan ini dibuat oleh NASA didalam satu bilik kedap udara yang sangat besar. Ini URL video https://www.youtube.com/watch?v=E43-CfukEgs&spfreload=10 yang dapat saya kongsikan. Video berdurasi 4minit 41saat ini mampu memberikan gambaran sebenar tentang jatuh bebas. Eksperimen ini sukar dilakukan di sekolah kerana kekanggan peralatan dan tenaga mahir dalam mengendalikan alatan dan radas untuk menghasilkan keadaan vakum sepenuhnya. Selepas paparan video guru akan memberi beberapa penerangan dan soal jawab dibuka kepada pelajar untuk memberi ruang kepada pelajar bertanya sebarang kemuskilan tentang jatuh bebas. 

Friday, 8 May 2015

Week 5: Thinking Based Learning (TBL)

Thinking Based Learning atau Pembelajaran berasaskan pemikiran (TBL) adalah kaedah pembelajaran yang berinovatif dan ia menggalakan pelajar mempelajari sesuatu "content knowledge" dengan memerlukan proses berfikir. Perancangan TBL bukan hanya merangkumi isi kandungan yang hendak difokuskan malah, menentukan HOM(habit of minds)/tabiat pemikiran serta kemahiran berfikir yang hendak digunakan seperti mengkelasfikasi dan membanding beza. "Graphic Organizer" adalah suatu alat atau "tool" dalam membantu melaksanakan TBL didalam kelas oleh guru. Disini saya lampirkan link yang mungkin berguna bagi bacaan tambahan tentang TBL. https://prezi.com/6vusnnrl3yxh/thinking-based-learning-what-why-how/

Week 4: : PBL Problem Design and Crafting Scenario...

Pada minggu keempat, saya dan rakan-rakan telah didedahkan tentang langkah-langkah untuk "design" atau mereka bentuk permasalah dan membina 'problem scenario' sendiri. Bukan mudah untuk membina "problem scenario" sendiri ini kerana ia memerlukan suatu pemikiran yang kritis disamping "content knowledge" yang baik dalam bidang berkaitan. Bagi membina "problem scenario" yang baik perlu mengetahui ciri-ciri "problem scenario" yang baik serta mengikut pendekatan yang sesuai untuk membina 'problem scenario' yang menarik dan mencakupi isi kandungan pembelajaran. Soalan mestilah "berfokus" dalam "problem scenario" dan ia bergantung kepada jenis masalah. Antara contoh soalan berdasarkan jenis masalah yang hendak ditonjolkan.

Third week: Problem Based Learning

“Problem-based learning (PBL)” adalah kaedah alternatif yang menarik untuk sistem pembelajaran dan pembelajaran pelajar. Dengan PBL, guru hanya memberi ‘persoalan’, bukan kuliah ataupun tugasan. Memandangkan pelajar tidak akan diberikan pengisian secara terus, kaedah pembelajaran murid akan menjadi aktif  bilamana pelajar perlu berusaha sendiri untuk mencari bahan pembentangan dan menyelesaikan masalah/persoalan yang diberikan oleh guru. Di dalam PBL, guru bukanlah sebagai tempat untuk mencari jawapan dalam sesuatu kes/persoalan yang diberikan, mereka hanya bertindak sebagai fasilitator atau mentor kepada pelajar-pelajarnya. FILA chart adalah tool yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PBL. FILA chart ini memudahkan pelajar merungkai dan menyelesaikan masalah dengan lebih efisyen.

   FILA Chart yang dihasilkan.

Pengalaman kami melalui kaedah PBL dalam P&P memberikan satu pengalaman baru yang sangat menarik. Kami menghasilkan FILA chart sendiri dalam kumpulan. FILA chart memang sangat membantu dalam merungkai permasalahan dalam 'problem 'scenario'.