Wednesday, 29 April 2015
Second Week: Online mode class..
Pada minggu ini saya tiada face to face class dengan pensyarah. Tugas minggu ini adalah mendalami tentang apa itu "hak cipta" dalam kontek pendidikan. Hak cipta adalah hak eksklusif Pencipta atau Pemegang Hak Cipta untuk mengatur penggunaan
hasil penuangan gagasan atau informasi tertentu. Pada dasarnya, hak
cipta merupakan "hak untuk menyalin suatu ciptaan". Hak cipta dapat juga
memungkinkan pemegang hak tersebut untuk membatasi penggandaan tidak
sah atas suatu ciptaan. Pada umumnya, hak cipta memiliki masa tertentu yang terbatas. Dalam kontek antarabangsa hak cipta sesuatu penerbitan penulisan ilmiah tidak lagi dilindungi apabila penulis telah meninggal dunia selepas 70 tahun kematiannya. Ini bermakna ia menjadi bahan sumber bebas kepada masyarakat untuk menggunakanya tanpa perlu meminta keizinan mana-mana pihak. Di Malaysia hanya selepas 50 tahun kematian penulis barulah ia tidak lagi dilindungi (non-protected material). Untuk bacaan lanjut http://cyberlaw.stanford.edu/blog/2007/03/fairy-use-tale
First Week! Introduction...
Pada minggu pertama, pensyarah kami memberi syarahan tentang teknologi & inovasi pengajaran menggunakan ICT disamping menerangkan prinsip asas "Model Konstruktivis". Antara yang dibincangkan adalah kaedah P&P "Virtual Class Learning" iaitu P&P secara tidak bersemuka (non face to face meeting). Kaedah ini adalah secara atas talian tanpa perlu pelajar-pelajar dan guru bertemu secara bersemuka bagi menjalankan P&P. Untuk merasai suasana sebenar bagaimana "Virtual Class Learning" dijalankan, pensyarah kami memberi tugasan supaya kami mengikuti kursus pengajaran secara "Virtual Class Learning". Kursus ini dinamakan "Emerging trends and technologies in K-12 virtual classroom dikendalikan oleh Universiti Carlifornia, Amerika Syarikat secara atas talian (online). Pelajar perlu daftar masuk di sesawang https://www.coursera.org/course/k12virtualtrends bagi mengikuti kursus tersebut, ia berlangsung selama lima minggu bermula 23 Febuari 2015 hingga 29 March 2015. Terdapat dua mod untuk kursus ini:
Bagaimanapun kami hanya mengikuti kursus ini yang ditawarkan secara percuma sahaja. Apa yang menarik kursus atas talian ini walaupun ia percuma, penilaian prestasi calon yang menyertainya akan direkod dan dikeluarkan selepas tamat kursus dalam bentuk peratus.
- Pendaftaran Percuma (Tiada sijil dikeluarkan)
- Pendaftaran Berbayar (Pihak Universiti Carlifornia akan mengeluarkan sijil selepas tamat lima minggu kursus)
Daftar masuk ke web coursera
Muka depan Virtual K-12 Classroom
Bagaimanapun kami hanya mengikuti kursus ini yang ditawarkan secara percuma sahaja. Apa yang menarik kursus atas talian ini walaupun ia percuma, penilaian prestasi calon yang menyertainya akan direkod dan dikeluarkan selepas tamat kursus dalam bentuk peratus.
My Teaching Philosophy...
"Every one can learn and every one have chances to success" it my teaching philosophy. Sebenarnya setiap manusia boleh belajar dan mampu menguasai sesuatu ilmu pengetahuan dengan baik. Setiap manusia adalah 'unik', ini bermakna tahap penerimaan sesuatu ilmu itu adalah tidak sama bagi setiap manusia. Sesetengah manusia memerlukan masa yang lama untuk menguasai sesuatu ilmu itu dan sebaliknya. Strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan diperlukan supaya setiap pelajar didalam bilik darjah mampu menguasai sesuatu ilmu yang diajar oleh guru dengan baik. Menggunakan kaedah pengajaran konvensional (Chalk & Talk) semata-mata dilihat tidak lagi relevan pada masa kini. Penggunaan Multimedia seperti Grafik, Simulasi, Video dan sebagainya mampu menarik minat pelajar belajar khususnya subjek fizik berbanding hanya belajar teori didalam kelas sahaja.
Kaedah konvensional "Chaik & Talk" -gambar hiasan-
Selamat datang dan salam sejahtera...
Assalamualaikum w.b.t...Syukur Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNYA dapat saya hasilkan satu blog akademik sendiri berkaitan teknologi dan inovasi pengajaran & pembelajaran dalam fizik. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah saya Prof. Madya Dr Nurulhuda Abd Rahman yang banyak berikan tunjuk ajar kepada saya dalam ilmu teknologi dan inovasi pengajaran & pembelajaran dalam fizik. Diharapkan perkongsian maklumat diblog saya ini sedikit sebanyak memberi kebaikan dan manafaat kepada pembaca khususnya warga pendidik.
Pada semester ini, kami diperlukan untuk mengambil kursus Communication Technology and Innovation in Teaching and Learning Physics kodnya SFP6024 bagi memenuhi keperluan universiti. Secara ringkasnya kursus ini membincangkan isu-isu semasa dan perkembangan penggunaan teknologi dalam pendidikan sains. Berdasarkan Model Konstruktivis pengajaran dan pembelajaran sains, bekerja secara kooperatif dalam suasana yang praktik, pelajar akan didedahkan kepada aplikasi ICT, meliputi peranan Simulasi, Data Logging, Aplikasi berasaskan Internet dan Sesawang, dan Hamparan Elektronik. Alat ICT yang diperkenalkan termasuk Papan Interaktif, Data loggers dan Open Sources Softwares. Insyaallah akan saya kongsikan sedikit maklumat dan input sepanjang kursus ini berjalan.

Subscribe to:
Posts (Atom)
.bmp)
.bmp)