Wednesday, 29 April 2015

Second Week: Online mode class..

Pada minggu ini saya tiada face to face class dengan pensyarah. Tugas minggu ini adalah mendalami tentang apa itu "hak cipta" dalam kontek pendidikan. Hak cipta adalah hak eksklusif Pencipta atau Pemegang Hak Cipta untuk mengatur penggunaan hasil penuangan gagasan atau informasi tertentu. Pada dasarnya, hak cipta merupakan "hak untuk menyalin suatu ciptaan". Hak cipta dapat juga memungkinkan pemegang hak tersebut untuk membatasi penggandaan tidak sah atas suatu ciptaan. Pada umumnya, hak cipta memiliki masa tertentu yang terbatas. Dalam kontek antarabangsa hak cipta sesuatu penerbitan penulisan ilmiah tidak lagi dilindungi apabila penulis telah meninggal dunia selepas 70 tahun kematiannya. Ini bermakna ia menjadi bahan sumber bebas kepada masyarakat untuk menggunakanya tanpa perlu meminta keizinan mana-mana pihak. Di Malaysia hanya selepas 50 tahun kematian penulis barulah ia tidak lagi dilindungi (non-protected material). Untuk bacaan lanjut http://cyberlaw.stanford.edu/blog/2007/03/fairy-use-tale

No comments:

Post a Comment