Wednesday, 29 April 2015

Selamat datang dan salam sejahtera...

Assalamualaikum w.b.t...Syukur Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNYA dapat saya hasilkan satu blog akademik sendiri berkaitan teknologi dan inovasi pengajaran & pembelajaran dalam fizik. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah saya Prof. Madya Dr Nurulhuda Abd Rahman yang banyak berikan tunjuk ajar kepada saya dalam ilmu teknologi dan inovasi pengajaran & pembelajaran dalam fizik. Diharapkan perkongsian maklumat diblog saya ini sedikit sebanyak memberi kebaikan dan manafaat kepada pembaca khususnya warga pendidik.
Pada semester ini, kami diperlukan untuk mengambil kursus Communication Technology and Innovation in Teaching and Learning Physics kodnya SFP6024 bagi memenuhi keperluan universiti. Secara ringkasnya kursus ini membincangkan isu-isu semasa dan perkembangan penggunaan teknologi dalam pendidikan sains. Berdasarkan Model Konstruktivis pengajaran dan pembelajaran sains, bekerja secara kooperatif dalam suasana yang praktik, pelajar akan didedahkan kepada aplikasi ICT, meliputi peranan Simulasi, Data Logging, Aplikasi berasaskan Internet dan Sesawang, dan Hamparan Elektronik. Alat ICT yang diperkenalkan termasuk Papan Interaktif, Data loggers dan Open Sources Softwares. Insyaallah akan saya kongsikan sedikit maklumat dan input sepanjang kursus ini berjalan.    

No comments:

Post a Comment