Wednesday, 29 April 2015

First Week! Introduction...

Pada minggu pertama, pensyarah kami memberi syarahan tentang teknologi & inovasi pengajaran menggunakan ICT disamping menerangkan prinsip asas "Model Konstruktivis". Antara yang dibincangkan adalah kaedah P&P "Virtual Class Learning" iaitu P&P secara tidak bersemuka (non face to face meeting). Kaedah ini adalah secara atas talian tanpa perlu pelajar-pelajar dan guru bertemu secara bersemuka bagi menjalankan P&P. Untuk merasai suasana sebenar bagaimana "Virtual Class Learning" dijalankan, pensyarah kami memberi tugasan supaya kami mengikuti kursus pengajaran secara "Virtual Class Learning". Kursus ini dinamakan "Emerging trends and technologies in K-12 virtual classroom dikendalikan oleh Universiti Carlifornia, Amerika Syarikat secara atas talian (online). Pelajar perlu daftar masuk di sesawang  https://www.coursera.org/course/k12virtualtrends bagi mengikuti kursus tersebut, ia berlangsung selama lima minggu bermula 23 Febuari 2015 hingga 29 March 2015. Terdapat dua mod untuk kursus ini:

  1. Pendaftaran Percuma (Tiada sijil dikeluarkan)
  2. Pendaftaran Berbayar (Pihak Universiti Carlifornia akan mengeluarkan sijil selepas tamat lima minggu kursus) 
 Daftar masuk ke web coursera

Muka depan Virtual K-12 Classroom

Bagaimanapun kami hanya mengikuti kursus ini yang ditawarkan secara percuma sahaja. Apa yang menarik kursus atas talian ini walaupun ia percuma, penilaian prestasi calon yang menyertainya akan direkod dan dikeluarkan selepas tamat kursus dalam bentuk peratus.  

No comments:

Post a Comment