Thursday, 21 May 2015

Week 8-11: Blended Learning and Web 2.0 tools...

Pada minggu 8 hingga minggu 12 saya dan rakan-rakan sekelas saya diberi tugasan untuk mendalami dan meneroka aplikasi Web 2.0 tools yang boleh digunakan oleh guru-guru sebagai alat bantu mengajar yang lebih berkesan. Pada minggu 8 hingga minggu 12 kami tiada kelas secara face to face tetapi hanya secara online. Terdapat banyak aplikasi Web 2.0 tools diluar sana. Tetapi tidak semua adalah percuma, kalau ada pun ia hanyalah aplikasi online untuk percubaan atau "trial version", penggunaan aplikasi ini agak terbatas kerana tidak semua ciri-ciri aplikasi dapat digunakan secara percuma melainkan anda melanggannya. Antara senarai aplikasi Web 2.0 tools ialah:
  1. Common craft (Instructional Video)
  2. Croak It (Audio Tool)
  3. Fake Movie Poster (Photo Editor)
  4. Animoto (Maker movie)
  5. EdHead ( Science Activities and Simulations)
  6. CoSketch (Virtual Whiteboard)
Disini saya kongsi akan URL yang mungkin berguna kepada mereka yang ingin mendalami dan meneroka pelbagai jenis aplikasi online Web 2.0 tools http://hrsbstaff.ednet.ns.ca/tilt/?page_id=829 atau http://web2012.discoveryeducation.com/web20tools-related.cfm 
Pelbagai jenis Web 2.0 tools tetapi saya memilih CoSketch atau virtual whiteboard. CoSketch adalah papan putih maya, guru-guru tidak semestinya menjalankan P&P dibilik darjah akan tetapi secara maya juga ia boleh berinteraksi secara "multiuser". Maknanya para pelajar hanya perlu URL CoSketch guru semasa berada atas talian pada waktu yang sama. Guru boleh melakar apa-apa bahan pengajaran diatas papan putih maya itu dan dibantu oleh tools yang disediakan dalam aplikasi ini. Misalnya guru boleh muat naik gambar,graf,peta dan lain-lain. Pelajar boleh berkomunikasi dengan guru sekiranya terdapat kemuskilan dan pertanyaan mengenai P&P tersebut melalui ruang chatting yang disediakan. Ini URL yang saya boleh kongsikan untuk aplikasi CoSketch http://cosketch.com/
Apa yang menariknya ianya adalah percuma hampir semua ciri-ciri aplikasi online ini diberikan secara percuma. Akan tetapi kelemahan aplikasi online ini ialah ia tidak boleh berkongsi fail suara atau audio. Maknanya guru hanya mengajar tanpa suara tetapi berinteraksi secara penulisan mesej (chatting) sahaja.

Muka Depan CoSketch

Antara Muka CoSketch


 

No comments:

Post a Comment