Pada minggu pertama saya dan rakan-rakan sudah pun mengikuti kursus secara online "Emerging Trend and Technologies in the Virtual K-12 Classroom daripada University of California. Seperti yang saya maklumkan pada minggu pertama tempoh hari, Kursus secara online ini dijalankan selama lima minggu, pelbagai assessment yang diberikan kepada para peserta. Alhamdulillah... saya dan rakan-rakan sekelas saya mendapat keputusan yang baik. Inilah pengalaman pertama saya berkolaberasi dengan pelajar-pelajar dan pendidik-pendidik daripada luar negara. Mereka sangat maju dalam bidang pendidikan. Teknologi ICT adalah tulang belakang kemajuan pendidikan di negara maju. Banyak perkara-perkara baru yang saya dan rakan-rakan dapat belajar daripada kursus ini. Keputusan MOOC ini ditulis dalam bentuk peratus pada penjuru kanan bawah tetingkap aplikasi online "Emerging Trend and Technologies in the Virtual K-12 Classroom". Grade Archived: 83.4% adalah skor keseluruhan saya bagi kursus ini.
Keputusan MOOC

No comments:
Post a Comment