- Level 1, Pelajar tidak faham apa-apa tentang sesuatu topik perbincangan, tiada lukisan pada kertas kosong yang diberikan.
- Level 2, Lukisan pelajar tidak menggambarkan keadaan sebenar sesuatu perkara contohnya keadaan sebenar sesuatu objek dalam jatuh bebas. Lukisan pelajar menggambarkan seolah-olah jatuh bebas ini sama seperti objek jatuh dalam keadaan biasa.
- Level 3, Pelajar melukis gambaran tentang jatuh bebas tetapi mempunyai beberapa miskonsepsi antaranya arah pecutan objek yang salah
- Level4, Pelajar melukis tetapi ia hanya menggambarkan sebahagian sahaja ciri-ciri sesuatu mekanisma, proses dan sebagainya. Contohnya menyatakan jatuh bebas hanya berlaku dalam vakum sahaja. Sebenarnya jatuh bebas boleh berlaku dalam keadaan vakum atau dalam keadaan rintangan udara tetapi dalam kes-kes tertentu. Sesuatu objek dikatakan sedang mengalami jatuh bebas sekiranya objek itu jatuh berhampiran dengan permukaan bumi dengan pecutan objek sama dengan nilai pecutan graviti (a = g = 9.81m/s2).
- Level 5, Lukisan yang menggambarkan keseluruhan makenisma, proses. Contohnya pelajar berjaya melukis gambaran yang betul tentang jatuh bebas lengkap dengan arah pecutan, ketinggian, keadaan sesama jatuhan (vakum dan rintangan udara) dan lain-lain.
Dengan kaedah lukisan ini guru-guru mampu mencungkil tahap mana kefahaman pelajar mereka khususnya dalam bab jatuh bebas. Miskonsepsi yang dikesan didalam lukisan pelajar membolehkan guru-guru membetulkan salah anggapan pelajar terhadap jatuh bebas. Kaedah seterusnya saya menggunakan video daripada youtube sebagai demostrasi bagaimana sebenarnya jatuh bebas ini berlaku.
Free Fall Video from NASA
Video penyelidikan ini dibuat oleh NASA didalam satu bilik kedap udara yang sangat besar. Ini URL video https://www.youtube.com/watch?v=E43-CfukEgs&spfreload=10 yang dapat saya kongsikan. Video berdurasi 4minit 41saat ini mampu memberikan gambaran sebenar tentang jatuh bebas. Eksperimen ini sukar dilakukan di sekolah kerana kekanggan peralatan dan tenaga mahir dalam mengendalikan alatan dan radas untuk menghasilkan keadaan vakum sepenuhnya. Selepas paparan video guru akan memberi beberapa penerangan dan soal jawab dibuka kepada pelajar untuk memberi ruang kepada pelajar bertanya sebarang kemuskilan tentang jatuh bebas.

No comments:
Post a Comment